Wednesday, September 9, 2009

Tuah ku bertuah


Hai Tuah, molek benar namamu. Sungguh bertuah kau Sang Tuah. kesana kemari namamu di sebut, dujulang,diagung. Wira melayu yang penuh 1001 cerita sehingga alaf baru. Dimana gagahnya?? dimana ulungnya pahlawan ini?? dimana Sang Jebat?dimana Sang Kasturi?dimana Sang Leqiu?? dimana Sang Lekir?? mengapa Tuah??

Siapa yang takkan hilang didunia?? bijak berkata mengolah rasa terpikat si 'dia'. Cair dik janji setia tapi dijual alasan taat setia.

Jebat derhaka difitnah pembelot bangsa, pahlawan gagah tumbang kerana rasa belas dik janji taat 5 bersaudara. Kejamkah meletakkan adil ditempatnya??

Oh Tuah pejuang taat setia, taatmu tidak dapat diukur hanya kata-kata. Bukti tercipta merahnya darah jebat setia akan bersaudara.


1 comment:

  1. Slm...Betul kata saudara...
    Bila akal mula ada warasnya,dipadu pula dengan kukuh agama, Tuah hanya patung-patung yang bersuara tanpa tak bernyawa.Masih banggakah kita dengan kepatuhan membabi buta banggang Tuah.

    ReplyDelete