Wednesday, September 30, 2009

semangat 5 bersaudara

Ah masih teringat 5 sahabat menjalani satu misi yang sukar dan mustahil. ceritanya sehebat Tuah, jebat, leqiu,kasturi dan lekir mencari guru untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri. sunggu pilu dan menyayat hati. kisah bermula jam 4 petang jumaat 2 hari sebelum raya perjalanan dimulakan. semangat kental 5 sahabat bagaikan bercurah-curah untuk menyambut 1 syawal bersama ibu dan bapa.

kami ibarat 5 sahabat sentiasa beriringan tetapi apakan daya air menitik bagaikan tiada nokhtah mencurah bumi. hujan mula membasahi pelosok bumi. kami berhenti mencari teduhan. dengan hati yang kental kami sepakat meredah titisan-titisan rahmat itu. kami tidak mengalah sehingga lah kami rasa ingin berserah. tanjung malim destinasi disinggah mencari sesuap nasi untuk juadah berbuka walaupun badan basah dipukul air rahmat.

sungguh bersyukur 5 sahabat masih kental menahan asakan walaupun dugaan datang mencurah-curah. bolehlah diibaratkan zaman Hang tuah dan kawan-kawan menewaskan musuh yang mengamuk, begitulah kami.

dimana gunung ledang yang hendak dituju?? begitu lah ibarat kami menuju destinasi yang begitu jauh tanpa mengenal erti putus asa. jika tuah ada tentu bangga melihat kami yang sepertinya bersungguh ingin menawan sang puteri gunung ledang.

derhakalah kami jika bercerai, perlahan bersama menuju destinasi haluan tercinta. sungguh pedih pabila melihat buluh dibakar tanda syawal hampir tiba. mujurlah kami sahabat semangat Hang tuah kekal bersama, dihati tabah tanpa kenal kata penamat di tengah perjalanan.

akhirnya kami sampai di tempat dituju. memburu impian bersama.. pipi ibu dituju mula menjadi penentu kejayaan menjelma.hulur disambut tanda mesra tanda 5 bersaudara bersyukur sampai kerumah beraya bersama ibu bapa.

Wednesday, September 9, 2009

Tuah ku bertuah


Hai Tuah, molek benar namamu. Sungguh bertuah kau Sang Tuah. kesana kemari namamu di sebut, dujulang,diagung. Wira melayu yang penuh 1001 cerita sehingga alaf baru. Dimana gagahnya?? dimana ulungnya pahlawan ini?? dimana Sang Jebat?dimana Sang Kasturi?dimana Sang Leqiu?? dimana Sang Lekir?? mengapa Tuah??

Siapa yang takkan hilang didunia?? bijak berkata mengolah rasa terpikat si 'dia'. Cair dik janji setia tapi dijual alasan taat setia.

Jebat derhaka difitnah pembelot bangsa, pahlawan gagah tumbang kerana rasa belas dik janji taat 5 bersaudara. Kejamkah meletakkan adil ditempatnya??

Oh Tuah pejuang taat setia, taatmu tidak dapat diukur hanya kata-kata. Bukti tercipta merahnya darah jebat setia akan bersaudara.


Tuesday, September 8, 2009

08 september 2009

"tidak nampakkah lori itu nak lalu?". tempik pemandu bas sewa UKM kepada seorang pelajar Iran barangkali. terping-pinga pinga pelajar tersebut samada faham atau tidak maksud yang dituturkan oleh pemandu bus itu. jika tidak faham sekali pun nadanya agak keras. Wah, sungguh kurang sopan pemandu itu berpencak dengan kata-katanya. "takkan melayu hilang didunia".ungkapan ini benar kerana nama melayu akan dijaja sebagai bangsa yang layu dengan adap kesopanan dalam pertuturan.

Friday, September 4, 2009

setitik embun

kemarau setahun
bumi banjir dik setitik embun
ombak gila menghempas
tiada sampah hanyut ke pantai
pulau memanggil batu terkulai layu..

Wednesday, September 2, 2009

kuAsamu..

kuasamu..
adakah dilantik atau dipilih??
perjuanganmu untuk siapa??
aku kian keliru melihat mereka...
mereke??
siapa mereka??
merdekakakah pejuangan mereka??
jika merdeka dimana buktinya..
jika benar mengapa setiap habitat bersuara??
apa ertinya jika perjuangan untuk kroninya
menyalak tapi hasilnya hampir tiada
dimana hendak ku adu masalah?
dimana hendak ku cerita?
dimana hendak ku menglipurlara?
dimana???
namamu gagah perkasa
bila bersuara lemah sendi
hilang suka,hilang gembira
tidak kenal mana jantan yang mana betina
kuasa menyebabkan mereka gembira memilih puaknya
aduhai kuasa, gunakanlah ia
janganlah lena dibuai gua yang diberi percuma
janganlah sombong seperti ingin kekal lama
sedarlah bahawa kuasa yang ada perlu diselia
letakkan adil ditempatnya
bersuara demi mergastua bukan untuk sanak saudara.