Wednesday, September 30, 2009

semangat 5 bersaudara

Ah masih teringat 5 sahabat menjalani satu misi yang sukar dan mustahil. ceritanya sehebat Tuah, jebat, leqiu,kasturi dan lekir mencari guru untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri. sunggu pilu dan menyayat hati. kisah bermula jam 4 petang jumaat 2 hari sebelum raya perjalanan dimulakan. semangat kental 5 sahabat bagaikan bercurah-curah untuk menyambut 1 syawal bersama ibu dan bapa.

kami ibarat 5 sahabat sentiasa beriringan tetapi apakan daya air menitik bagaikan tiada nokhtah mencurah bumi. hujan mula membasahi pelosok bumi. kami berhenti mencari teduhan. dengan hati yang kental kami sepakat meredah titisan-titisan rahmat itu. kami tidak mengalah sehingga lah kami rasa ingin berserah. tanjung malim destinasi disinggah mencari sesuap nasi untuk juadah berbuka walaupun badan basah dipukul air rahmat.

sungguh bersyukur 5 sahabat masih kental menahan asakan walaupun dugaan datang mencurah-curah. bolehlah diibaratkan zaman Hang tuah dan kawan-kawan menewaskan musuh yang mengamuk, begitulah kami.

dimana gunung ledang yang hendak dituju?? begitu lah ibarat kami menuju destinasi yang begitu jauh tanpa mengenal erti putus asa. jika tuah ada tentu bangga melihat kami yang sepertinya bersungguh ingin menawan sang puteri gunung ledang.

derhakalah kami jika bercerai, perlahan bersama menuju destinasi haluan tercinta. sungguh pedih pabila melihat buluh dibakar tanda syawal hampir tiba. mujurlah kami sahabat semangat Hang tuah kekal bersama, dihati tabah tanpa kenal kata penamat di tengah perjalanan.

akhirnya kami sampai di tempat dituju. memburu impian bersama.. pipi ibu dituju mula menjadi penentu kejayaan menjelma.hulur disambut tanda mesra tanda 5 bersaudara bersyukur sampai kerumah beraya bersama ibu bapa.

No comments:

Post a Comment