Sunday, October 25, 2009

melayu oh mapley

mengapa kebanyakkan orang kita lebih suka makan di mapley dari kedai melayu??Mesti ramai yang tahu mengapa perkara ini terjadi. Ya, jawapannya ialah harga dan layanan. Terdapat sidikit perbezaan jika hendak dibandingkan dengan aspek ini.

hal ini dirasai sendiri apabila pada 24102009 aku pergi ke sebuah kedai malayu di bandar baru bangi. Tema kedai adalah berwarna kuning. aku memesan teh tarik, barli ais dan ko ti au goreng. harga untuk makanan yang dipesan adalah RM5.70. Manakala pada 25102009 aku pergi ke sebuak mapley di seksyen 15 untuk melihat perlawanan liga inggeris antara man U vs Liverpool. disebabkan salah faham dengan jadual perlawanan, aku terpaksa duduk di mapley selama 3 jam. Aku memesan nasi lemak dan barli ais dan selepas 2 jam aku di mapley aku memesan roti canai dan teh tarik. harga yang dikenakan ialah RM5.80. jauh lebih murah dari kedai yang aku pergi hari sebelumnya.

jimat masa menunggu pesanan, jimat duit. layanan hampir sama.

Saturday, October 24, 2009

aduhai si Ludah


Masih ada cerita yang aku hendak ceritakan.. rasanya semua orang pernah meludah tetapi biarlah kena pada tempat dan keadaannya. Ramai diantara kita mempunyai tabiat suka meludah, ia bukan lah sesuatu yang salah tetapi biarlah bersesuai dengan tempatnya untuk meludah. Bunyinya agak kotor untuk diketengahkan isu ini, tetapi itulah mentaliti kita yang semakin suka meludah tidak kira tempat. Jika ada yang terasa atau loya membaca masalah ini haraf dimaafkan, cuma bayangkan semula benar atau tidak isu yang diketengahkan ini. Nampak seperti isu kecil tetapi kesannya sungguh besar. bukan kepada individu tetapi melambangkan sesebuah masyarakat dan bangsa.


Pergi ke kedai membeli setanggi,
Setanggi dibeli menaiki motor,
Apa guna darjat yang tinggi,
Jika dikenali masyarakat pengotor.

Thursday, October 15, 2009

Pahlawan Melayu


Semalam berlangsungnya final bagi acara bolasepak di UKM. Perlawanan sangat menarik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Saling berbalas serangan antara satu sama lain, Pada Akhirnya skuad Kolej yang berhampir dengan stadium. Disebalik kerancakan yang dipamerkan, perlawan ini dcemari dengan aksi yang tidak ada dalam mana-mana undang-undang bolasepak dunia. Ya, Bergaduh sarat dengan aksi-aksi yang ganas, tidak sesuai dipertonton oleh seisi keluarga. Jika dahulu hang Tuah sanggup bermandi darah, berpencak silat dan menjadikan nyawa sebagai taruhan mempertahankan kedaulatan bumi Melaka, namun berbeza dengan kita sekarang. Hanya kerana sukan, mereka terlupa untuk mendisiplinkan diri.

Wednesday, October 14, 2009

ganyang di ganyang





Aduh Pak, senangnya hidup mereka, bisa aman tanpa ada yang mengganggunya. Semalam aku menaiki komuter, semasa didalam komuter ada 3 orang warga jiran yang. Aduh Gamatnya, seperti komuter tu duta mereka yang membinanya. rakyat kita tidak hirau akan siapa mereka. Tdak sedikit pun dimaki, dihina dan dicerca. Bayangkan kalau rakyat kita disana?? Aduh bisa masuk rumah sakit ya ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian. kita melayan mereka ibarat menatang minyak yang penuh. pelbagai bantuan disalurkan bila berlaku bencana, namun minyak yang panas disiram semula kearah kita. Berbaloikah?? lukanya sekecil semut namun teriakkan ibarat jebat menahan Bisa taming sari. Mengarut.

Monday, October 12, 2009

buntu di batu jemalaku

Rangkanya sudah ada, namun masih tidak dapat meyempurnakan tugasanku. Aduhai idea dimana kau, aduhai Tuah kemana hendakku menglipurkan hikayatmu. Aku masih disini hendak membawa kau Tuah kealam ku. aduhai si penderhaka, aku yang salah tidak dapat menterjemah lagi batu menjadi cincin yang berharga.. Datanglah padaku wahai ceritaku, impianku...

Wednesday, October 7, 2009

piramid Berduri


AKhirnyaku telah temui tajuk cerpen ku 'Piramid Berduri'. aduh pelik namanya tetapi dalam maksudnya. Cerpen yang ingin ku buat ini berkaitan cinta tiga segi. cerita ini didukung oleh 3 watak utama iaitu Amir, Hisyam dan Ina. mereka merupakan Pelajar jurusan yang sama disebuah Universiti. namun timbul beberapa konflik yang boleh membuatkan pembaca tertanya-tanya. konflik ini telah diambil dari cerita Hikayat Hang tuah. Pelbagai unsur terdapat didalam nya, kasih sayang, hasad dengki, cemburu dan sebagainya. Tunggulah kemunculan cerpen Piramid berduri sehingga siap dikarang.. Nantikan..............

Thursday, October 1, 2009

mengembara lagi..

kali ini tuah diperintahkan lagi untuk keluar merisik, tetapi bukan puteri gunung ledang yang hendak ditawan, hanya lah penduduk jelebu. Ya, penduduk jelebu akan menjadi mangsa kami untuk disoal selidik.. ah.. sungguh berat hati ini untuk mengembara kesana kerana masih banyak tugasan yang hendak diselasaikan. maklum lah hulubalang UKM katakan, segala tugasan harus diterima dengan taat setia segala titah dijalankan dengan seadanya. kesetiaan ku ibarat Hang Tuah menurut sultan. Murkalah Sultan, Derhakalah hamba.