Sunday, October 25, 2009

melayu oh mapley

mengapa kebanyakkan orang kita lebih suka makan di mapley dari kedai melayu??Mesti ramai yang tahu mengapa perkara ini terjadi. Ya, jawapannya ialah harga dan layanan. Terdapat sidikit perbezaan jika hendak dibandingkan dengan aspek ini.

hal ini dirasai sendiri apabila pada 24102009 aku pergi ke sebuah kedai malayu di bandar baru bangi. Tema kedai adalah berwarna kuning. aku memesan teh tarik, barli ais dan ko ti au goreng. harga untuk makanan yang dipesan adalah RM5.70. Manakala pada 25102009 aku pergi ke sebuak mapley di seksyen 15 untuk melihat perlawanan liga inggeris antara man U vs Liverpool. disebabkan salah faham dengan jadual perlawanan, aku terpaksa duduk di mapley selama 3 jam. Aku memesan nasi lemak dan barli ais dan selepas 2 jam aku di mapley aku memesan roti canai dan teh tarik. harga yang dikenakan ialah RM5.80. jauh lebih murah dari kedai yang aku pergi hari sebelumnya.

jimat masa menunggu pesanan, jimat duit. layanan hampir sama.